Royal Wedding : Gambar Kate Middleton Semasa Kecil

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, April 30, 2011 | 7:02 PM

 

Perkahwinan dah selesai dan dah jadi suami isteri dah pun..tapi disebabkan perkahwinan diraja  ni sangat sangat berguna untuk entry SEO. So aku hidangkan gambar Princess Kate Middleton semasa kecil. Cute dan Comel.ehh bukan sama ke?hehe

image

image

masa ni mesti tak ada siapa yang sangka budak ni akan jadi seorang Puteri Diraja kan?

image

selekeh lagi masa ni..hehe

image

now dah besar dan cantik

image

ibunya iaitu Carole Middleton

 

papepon. Tahniah kepada kedua dua Putera dan Puteri atas perkahwinan.

7:02 PM | 2 comments | Read More

Gambar Sepanjang Majlis Perkahwinan Diraja Putera William Dan Kate Middleton

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 29, 2011 | 8:07 PM

8:07 PM | 4 comments | Read More

Info Lengkap Perkahwinan Diraja Putera William Dan Kate Middleton

Semua dah sedia maklum berkenaan perkahwinan diraja yang mungkin bukan hanya menjadi Wedding of the year., tetapi wedding of the century mungkin. Pekahwinan paling mendapat liputan selepas perkahwinan Puteri Diana iaitu ibu kepada pengantin lelaki iaiti Putera William.

 

Royal Wedding Dress Rehearsal

image

 

image

image

setem sempena perkahwinan diraja ini

image

kabin di kaki gunung Mount Kenya yang dikatakan menjadi tempat bersejarah Putera William melamar Kate untuk menjadi isterinya dan puteri kesayangan rakyat. 

ibu dan bapa kepada Putera William iaitu Prince Charles dan Puteri Diana

 

berbeza tapi hampir serupa. Yang samanya , kedua duanya akan menjadi puteri kesayangan rakyat .

Untuk info berkaitan perkahwinan diraja

 

  • Program (untuk waktu Malaysia tambah 7 jam)
    • 0815: Kehadiran tetamu di Great North Door of Westminster Abbey
    • 1010-1051: Kehadiran keluarga dan pengantin
    • 1100: Perkahwinan
    • 1200: Pengantin diarak ke Buckingham Palace
    • 1800: Private dinner untuk pengantin diraja, keluarga dan sahabat rapat

 


Maknanya kalau nak tengok perkahwinan Putera William dan Kate Middleton adalah antara pukul 6.00 petang hingga 7.00 petang (waktu Malaysia)

  • Tetamu
    • 40 keluarga diraja negara asing dijemput termasuk dengan Yang di-Pertua Agong Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
    • Pemain bola terkenal England, David Beckam dan isteri, Victoria
    • Elton John
    • Rowan Atkinson "Mr Bean"
    • Tetamu yang tidak dijemput termasuk bekas isteri Putera Andrew dan anak-anak, Presiden US Barack Obama dan isteri (kerana majlis ini bukannya state event), Bekas Perdana Menteri Britain (Tony Blair dan Gordon Brown)
    • Tetamu yang menolak jemputan termasuk Putera Salman Hamad (Bahrain), Putera Naruhito dan Permaisuri Masako (disebabkan gempa bumi dan tsunami)

 

  • Hadiah Perkahwinan
    • Derma kepada 26 entiti yang memerlukan (Putera William dan Kate Middleton tidak mahu hadiah-hadiah daripada tetamu untuk diri mereka sendiri)

 

  • Kos perkahwinan
    • Dianggarkan berjumlah GBP50 juta (RM50 juta). Ianya dibiayai oleh Queen dan Prince Charles termasuk perhidmatan gereja, muzik, bunga dan sambutan majlis perkahwinan. Duit pembayar cukai akan digunakan untuk keselamatan, polis dan pembersihan

 

  • Siaran langsung @live
    • TV7: Bermula 3.30 petang hingga 8.30 malam
    • Astro 512 BBC World News: Bermula 4.30 petang
    • Astro 511 CNN: Bermula 2 petang
    • Astro 735 ITV Granada: Bermula 3.30 petang
    • Astro 707 TLC: Bermula 3.00 petang
    • Astro 514 Skynews: Bermula 5.00 petang

sumber : SharingInfoz

5:23 PM | 0 comments | Read More

Ipad 2 Dilancar Di Malaysia: Spesifikasi Dan Harga Ipad2

Ipad 2 iaitu kesinambungan generasi Ipad terus mendapat impak yang besar kepada masyarakat dunia.hari ni bermula jam 9pagi, Ipad 2 dilancarkan di Malaysia .

Look at this video ;

nice kan video ni.

Dan stok di Malaysia sudah ada .

image

stock available at Machines KLCC. Ini pun belum tentu cukup nih .

Sure ramai akan beratur panjang untuk dapatkan ipad2 nih. Yela gadget terhangat masa kini kan?


Jom tengok pulak spesifikasi Ipad2 ni




terbaik dari ladang. but aku paling tertarik dengan cover terbaru untuk ipad yangs angat COOL!!!!jom tengok di bawah ni. (kena tengok)


sangat cool.

macammana dengan harga ?Jom ushar!!

WiFi
16GB: iPad RM1,549 — iPad 2 RM1,499
32GB: iPad RM1,849 — iPad 2 RM1,799
64GB: iPad RM2,149 — iPad 2 RM2,099 


3G
16GB: iPad RM1,999 — iPad 2 RM1,899
32GB: iPad RM2,299 — iPad 2 RM2,199
64GB: iPad RM2,599 — iPad 2 RM2,499



So dah ada ka diantara anda yang dah menyimpan pulus untuk dapatkan gadget terbaru ni????

1:00 PM | 0 comments | Read More

Semakan Keputusan Kemasukan Program Matrikulasi 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, April 27, 2011 | 2:40 AM

image

KUALA LUMPUR: Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh disemak mulai Khamis ini.


Kementerian berkenaan dalam kenyataan hari ini, berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Oktober tahun lalu boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.

 

Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.

 

Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Pendaftaran pelajar ke matrikulasi akan diadakan pada 23 Mei ini dan pelajar yang berjaya memohon dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang pendaftaran di laman web KPM yang sama.


Bagi pelajar yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai hari semakan Khamis ini sehingga 13 Mei ini. – BERNAMA

 

sumber : BeritaHarian

2:40 AM | 2 comments | Read More

Pakai Tudung Untuk Tutup Lemak Atau Tutup Dada?

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 26, 2011 | 5:27 PM

ENTRY INI DICOPY PASTE 100% dari salah seorang blogger merangkap kawan seperjuangan aku iaitu saudari Mahfuzah Husna Zulkifli. Terasa terpanggil untuk berkongsi jugak artikel ni.Sekurang kurangnya yang belum membaca di ablog beliau, ada peluang untuk baca disini. So baca bagi habis terutama kepada wanita wanita diluar sana.

 

Assalamualaikum w.r.t


Terpanggil untuk membuat entry ini selepas membaca sebuah majalah kesihatan. Sedih melihat gambar sebelum dan selepas berjaya menurunkan berat badan melalui penggunaan produk-produk tertentu. Baca selanjutnya:


Saya sebenarnya rasa gembira apabila melihat ramai sudah mengambil berat tentang kesihatan masing-masing. Berusaha gigih untuk kuruskan badan dengan cara yang sihat adalah suatu perkara yang patut diambil kira. (bukan dengan cara merokok, mengambil dadah dan segala jenis ubatan yang terlarang etc). Tetapi pada masa yang sama timbul rasa sedih bila melihatkan perubahan yang berlaku kepada kaum hawa sekarang.


Mungkin ada hikmah anda berbadan besar kerana dengan itu anda akan menutup aurat dengan lebih baik berbanding jika anda sudah berbadan langsing.


Jangan melenting ya? Tegurlah saya sekiranya saya salah. Memerhatikan keadaan disekeliling dan juga pada media cetak dan elektronik, jelas terpapar perubahan yang berlaku dari segi pemakaian (bukan semua wanita).  Malah, busana muslimah sekarang boleh dikira dengan jari, yang mana satu yang betul-betul mengikut syariat.


Dahulu ketika masih berbadan gempal, si gadis manis memakai tudung membaluti kepala dan menutup kemas bahagian dada. Tetapi sekarang apabila sudah langsing, sudah mula menjinakkan diri dengan memakai pakaian yang lebih ketat. Tudung pula sekadar "syarat" yakni menutup kepala, dada pula diabaikan. Kononnya trend sekarang, lebih moden dan menarik.



Apa fungsi memakai blouse yang labuh tetapi memakai pula "singlet" berwarna-warni di luar, menampakkan pula susuk tubuh yang sudah semakin cantik. Tambahan pula dikatakan dengan memakai "belt" mampu menaikkan seri walaupun baju yang dipakai tersangat ringkas. Tudung pula dipendekkan, leher dinampakkan malah mengupload gambar-gambar terkini di internet untuk tontonan umum.


Saya rasa sedih dan malu apabila melihat mata golongan lelaki liar memerhatikan dada dan pinggul wanita yang sedang asyik berjalan dan bergelak ketawa dengan rakan-rakan. Tidak sedarkah mereka bahawasanya mereka telah mengutip dosa secara sengaja dan tidak sengaja. 


Saya ambil contoh di restoran saja sudah memadai. Ketika itu saya sedang memesan roti canai untuk dibawa pulang. Pada masa yang sama ada seorang gadis yang memakai baju yang "cukup-cukup makan" dan bertudung tetapi menampakkan dada serta pinggul sedang berjalan keluar dari restoran tersebut. Penebar roti canai yang berada di hadapan saya tanpa segan silu memandang pinggul perempuan tersebut dari mula hingga habis. Kepalanya terpusing sehingga 180 darjah ke kanan melirik ke arah yang tidak sepatut dilihatnya. Mukanya tersenyum nakal. Sedih bukan? Pulang ke rumah saya memaksa diri untuk habiskan juga memakan roti canai tersebut kerana sudah hilang selera! 




Jadi, kepada sahabat sekalian, tutuplah bahagian yang tidak patut kamu tayangkan kepada orang ramai. Peganglah perumpamaan di bawah (mana satu yang akan kamu pilih):


1- Botol minuman yang sudah hilang penutupnya atau botol minuman yang belum dibuka penutupnya?


2- Gula-gula yang pembalutnya sudah dibuka dan boleh dihinggapi lalat serta debu atau gula-gula yang masih berbalut kemas, bersih dan elok keadaannya?


3- Buah yang sudah dikupas kulitnya dan dibiar terdedah semalaman atau buah yang masih elok isinya dan belum dikupas serta disimpan elok dalam peti ais?

 

boleh la LIKE kalau suka dengan entry ni…

 

Sumber Artikel : Mahfuzah Husna

5:27 PM | 3 comments | Read More

Video Lady Gaga Jatuh Bergolek Semasa Konsert

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, April 25, 2011 | 2:35 PM

 

 

Insiden lawak ni terjadi semasa persembahan live di Atlanta. Minah ni terpijak baju yang dibuangnya semasa astik nak melondeh baju depan peminat. bongek betul.hahaha. Ada berbagai bagai posisi kamera yang merakamkan “kejatuhan” LG ni.

2:35 PM | 0 comments | Read More

CABUTAN BERTUAH BLOGGER EKSPONIAGA.COM – RM200 untuk dimenangi SERTAI SEKARANG!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, April 24, 2011 | 7:26 AM

Kenapa anda perlu tahu tentang Eksponiaga.com???Anda perlu baca sampai habis.

Eksponiaga.com menawarkan ‘Tapak Ekspo Secara Online’ di Internet serendah RM100 setahun bersamaan hanya 27 sen sehari. Dengan hanya 27 sen sehari, ibarat membeli gula-gula untuk anak anda, anda telah berjaya mempunyai ‘Tapak Ekspo Online’ sekaligus mengiklankan perniagaan anda kepada 16 juta pengguna internet seluruh Malaysia melalui Ekspo Niaga. Mereka adalah potensi pelanggan yang anda tidak pernah jangkakan.

klik pada banner untuk ke Eksponiaga.com

Kelebihan Tapak Ekspo Online di eksponiaga.com

1.       Tersenarai dalam carian Google, Yahoo, Bing serta Facebook.

2.       Mempunyai URL anda tersendiri – cth :www.eksponiaga.com/perniagaananda

3.       Perniagaan anda tersebar secara online& offline – website popular, flyers, banner, blog-blog serta suratkhabar

4.       Mempunyai Technology Google Map

5.       Online form – order direct ke email anda.

6.       Dan banyak lagi..daftarlah segera di PORTAL PENGIKLANAN ONLINE ini

Sesuai untuk semua jenis perniagaan, sme business, IKS, agen insuran atau MLM, restoran, hotel serta homestay, tidak kisah perniagaan anda kecil atau besar yang memerlukan pengiklanan di internet.

Lawati : www.eksponiaga.com

Pesanan ini ditaja oleh : CABUTAN BERTUAH BLOGGER EKSPONIAGA.COM – RM200 untuk dimenangi SERTAI SEKARANG!!

7:26 AM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)