Keputusan Konsert Akhir Mania Astro | Hafiz Juara Mania !!

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, May 19, 2012 | 11:26 PM

juara konsert mania, konsert akhir mania, konsert mania astro minggu 1o, keputusan konsert mania astro, hafiz juara mania astro, siapa juara mania astro, mania astro result

Selesai sudah Final Piala FA dengan Kelantan bergelar Juara. Bagaimana pula dengan konsert Mania Final yang turut berlangsung pada masa yang sama malam ini? Siapa pemenangnya?

KEPUTUSAN PENUH FINAL PIALA FA 2012 KELANTAN VS SIME DARBY, VIDEO GOL KELANTAN

*******************

Pada minggu sebelum ini untuk pemilihan artis yang berentap di Final Mania di minggu ke -9 , 3 perserta telah disingkirkan iaitu Shila Amzah, Adira dan Ebi. Dan peringkat Final menyaksikan perebutan takhta sebagai Juara Mania yang pertama oleh Hafiz, Stacy, Aril, Jaclyn Victor dan Hazama untuk merebut hadiah RM 500,000 jika bergelar juara mania.

Untuk konsert akhir , artis yang berentap adalah :

  • Hafiz dan Aril dari Empayar Hijau naungan produser Ahmad Dhani.
  • Stacy dan Hazama dari Empayar Merah Naungan produser M. Nasir
  • Jaclyn Victor dari Empayar Biru Naungan produser Aubrey Suwito

Artis yang hadir membuat persembahan pada Konsert Akhir Mania pada malam ini adalah Dato’ Siti Nurhaliza dan Wings.

Dan Keputusan Penuh Konsert Final Mania adalah seperti berikut:

  1. Tempat pertama : Hafiz (RM500,000)
  2. Tempat kedua : Stacy (RM200,000)
  3. Tempat ketiga : Jaclyn Victor  (RM100,000)

Ramai yang agak terkejut dengan keputusan Jaclyn Victor yang berada di tempat ketiga kerana ramai yang menjangkakan Jac bakal bergelar juara dengan vokal suara yang sememangnya mantap. Namun , sistem undian lebih memihak kepada Hafiz. Tahniah kepada semua pemenang.

11:26 PM | 4 comments | Read More

Keputusan Penuh Final Piala FA 2012 Kelantan vs Sime Darby, Video Gol Kelantan

Final Piala FA baru sahaja melabuhkan tirai 90 minitnya sebentar tadi menyaksikan dua pasukan berentap untuk merebut gelaran juara Piala FA. Ternyata Stadium Bukit Jalil  dipenuhi dengan lautan penyokong Red Warrior yang datang dari segenap pelosok negara untuk bersama sama memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka.

Seperti diduga , Kelantan lebih mendominasi perlawanan dengan cubaan menarik sepanjang perlawanan. Namun, Sime Darby yang melakar sejarah sebagai pasukan berstatus kelab yang melangkah ke final perlu diberi pujian terbaik. Ternyata permainan pasukan Sime Darby jugak tidak kurang hebatnya dan mampu bertahan tanpa dibolosi kecuali gol dari sepakan penalti. 

KEPUTUSAN FINAL PIALA FA 2012 , KELANTAN vs SIME DARBY

KELANTAN 1-0  SIME DARBY

Gol dijaringkan oleh Ghaddar pada minit ke 58 melalui sepakan penalti

Video Gol Jaringan Kelantan

Tahniah pasukan Kelantan . Esok Kelantan cuti la.

11:08 PM | 0 comments | Read More

Video Promo Dan Sinopsis Drama Ameera-Slot Samarinda TV3

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, May 18, 2012 | 8:44 PM

Selepas berakhirnya Drama Mahabbah untuk Slot Samarinda TV3 , kini para penonton akan disajikan dengan drama terbaru bertajuk Ameera yang akan menemui penonton. Info drama Ameera adalah seperti berikut:

  • BERMULA PADA 23 MEI 2012
  • 10.30 MALAM (SELASA - RABU )
  • 9.30 MALAM (KHAMIS)
  • TV3


Drama ini membariskan pelakon pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina AF, Jasmin Hamid, Faizal Hussein, Hariri (Anak Wayang ) dan Sabrina Ali.

Kisah Ameera mengisahkan sebuah perjanjian antara Rita Rudaini yang melakonkan watak sebagai seorang isteri yang tiada anak , tetapi mengupah seorang wanita (lakonan Zarina AF) untuk menjadi ibu yang mengandungkan anak dari zuriat suaminya (Syamsul Yusof) . Selepas dilahirkan , wanita yang diupah tersebut akan diceraikan dengan upah yang sangat tinggi. Ingin tahu apa terjadi seterusnya? Saksikan Drama Ameera di TV3 bermula 23 Mei ini.

dan berikut adalah Promo Filem Ameera .

 

8:44 PM | 2 comments | Read More

Angelina Jolie Hadiahkan Helikopter Untuk Brad Pitt

Angelina buys a new toy for fiancé Brad17 Mei – Aktres seksi, Angelina Jolie telah membuat kejutan kepada tunangnya yang merupakan aktor popular, Brad Pitt dengan membeli sebuah helikopter sebagai hadiah.

"Mereka memiliki landasan untuk helikopter di rumah mereka di Chateau Miraval, Perancis. Jadi Angelina fikir ia merupakan idea yang bagus untuk membelikan Brad sebuah helikopter sebagai hadiah kejutan," ujar satu sumber kepada akhbar The Sun.

Bintang "Tomb Raider" ini bukan sahaja membeli helikopter, malah turut menyediakan kursus untuk mengemudikannya.

brangelina-helicopter.jpg

"Walaupun Brad sudah ada lesen juruterbang peribadi, Angelina tetap mahu tunangnya belajar bagaimana mengemudi helikopter dalam masa terdekat. Ini kerana mereka akan menggunakannya untuk terbang pergi dan balik ke Cannes," jelas sumber itu lagi .

**bila dah terlampau kaya, beli helikopter macam beli permainan je. Untungnya . Harga Helikopter berkenaan dianggarkan 1.6 million dollar .

sumber : Yahoo

6:00 PM | 0 comments | Read More

Video Amoi Dibogel Dan Dibelasah Beramai-Ramai

Tak pasti apa sebenarnya salah wanita ini sehingga sanggup sang pelaku membogelkannya dan dibelasah beramai ramai. Tapi dari apa yang ditunjukkan di dalam video ini, nampaknya seperti dilakukan oleh sekumpulan remaja wanita. Mungkin wanita yang dibelasah ini telah melakukan kesalahan besar. Lokasi dan info lanjut tidak dpaat dipastikan .


sumber : bestoneoffour

5:00 PM | 0 comments | Read More

Kereta Yuna Disamun , Rugi RM 5000

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna menerima musibah dengan reda apabila keretanya dipecah masuk sehingga kerugian RM5,000 pada pagi Khamis.


Pengurus penyanyi tersebut iaitu Nor Zaina Wardah (Wawa), 26, yang dihubungi mStar Online berkata, kejadian itu bukan perbuatan khianat pihak tertentu selain menganggap ia mungkin secara kebetulan.

model kereta Yuna yang disamun


“Yuna reda dengan kejadian itu. Ia mungkin kebetulan dan kami tidak syak ia perbuatan khianat,” kata Wawa kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaaat.

Dalam perkembangan berkaitan Wawa berkata Yuna enggan memberi sebarang kenyataan susulan dan butiran lanjut mengenai kejadian itu demi keselamatan.


Ia disebabkan pihaknya bimbang pendedahan melalui media boleh menyebabkan keselamatan mereka terganggu selain bimbang kereta dipandu Yuna dikenali oleh orang ramai.


“Saya minta maaf kerana Yuna sedang sibuk dengan penggambaran pada waktu ini dan dia tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu atas dasar keselamatan.
“Memang ramai media yang menghubungi untuk mendapatkan kenyataan tetapi Yuna tidak bimbang lebih banyak maklumat mengenai kereta didedahkan, ia akan diketahui umum.
“Cuma, apa yang buat Yuna terkilan adalah kehilangan radio keretanya dan gitar milik Diandra Arjunaidi yang dipinjamnya itu,” jelasnya.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi Khamis, kereta Mitsubishi ASX milik penyanyi itu dilaporkan dipecah masuk di Subang Jaya, dekat sini.


Ia dipercayai dipandu seorang rakan yang juga pemain gitar kumpulan muziknya iaitu Farhan Fazlishah (Pa’an) sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu di USJ6/6N, Subang Jaya.
Difahamkan juga, kejadian itu mengakibatkan Yuna kerugian sebanyak RM5,000 apabila radio kereta Yuna dan gitar artis barunya Diandra Arjunaidi yang dipinjam penyanyi baru itu turut dicuri.

-MSTAR

4:20 PM | 0 comments | Read More

Video Dan Gambar Kemalangan Ferrari GTO 599 Dan Teksi Di Singapura

kemalangan ferrari dan teksi singapura, video kemalangan ferrari singapura, ferrari langgar teksi, gambar kemalangan ferrari dan teksi, ferrari gto 599 kemalangan, ferrari crash into taxi in singapore.

Kejadian yang berlaku malam sabtu lepas di Singapura, sebuah Ferrari yang jarang dilihat dan exclusive , Ferrari 599 GTO telah melanggar sebuah teksi pada kelajuan 180 km/j. Ferrari tersebut melanggar lampu merah dan melanggar sebuah teksi yang membawa pelancong dari Jepun. Malang bagi seorang penunggang motosikal apabila perlanggaran tersebut turut menyebabkan penunggang tersebut cedera parah.

Pemandu Ferrari tersebut, Ma Chi. 31 mati ditempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta dan pasangan wanitanya cedera parah. Manakala pemandu teksi tersebut meninggal dunia di hospital. Penunggang motosikal pula cedera parah dan dirawat di hospital

Untuk rekod, Ferrari GTO 599 hanya dikeluarkan sebanyak 599 buah sahaja diseluruh dunia dan merupakan Ferrari dengan kelajuan tertinggi pernah dihasilkan. Kelajuan maksimumnya mampu mencapai sehingga 320km/h dan mencapai 0-100kmj dalam masa hanya 3.35 saat sahaja. Ramai journalist kereta turut menyatakan bahawa Ferrari GTO 599 juga merupakan antara kereta sport yang paling sukar dikawal.

GAMBAR GAMBAR SEKITAR KAWASAN KEMALANGAN

ferrari2-500x333ferrari3-500x333ferrari4-500x333ferrari5-500x333ferrari7-500x333

Video kemalangan tersebut sempat dirakamkan oleh kamera di dalam sebuah teksi . Saksikan


pandu dengan cermat, ingatlah orang yang sentiasa menyayangi anda. Kalau tak sayang nyawa pun, sayangilah kereta yang berharga berjuta juta tu. Limited Edition kot.

2:30 PM | 0 comments | Read More

Alhamdulillah! Tersenarai Sebagai Top Referrer BloggerWanita

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 17, 2012 | 9:30 PM

Alhamdulillah. Minggu ni rezeki tak putus putus. Selepas diapproved oleh syarikat pengiklanan Admax, semalam aku terperasan satu entry yang membuatkan aku sampai nak lompat ke atas bumbung bila membacanya. Tak sangka jugak penyertaan aku untuk masuk senarai 100 Blog yang akan berentap memberikan backlink kepada blog BloggerWanita memberikan hasil yang sangat memuaskan.

 Banner

pernah tengok banner ini? Yaa mesti pernah bukan? Dan kini bloggerwanita telah mula membuat pembayaran kepada referrer ke blog beliau. Dan apa yang mengejutkan, BlogHafizRahman telah disenarai sebagai TOP REFERRER untuk bulan April . Alhamdulillah. Tak sia sia usaha mempromosikan BloggerWanita. Orang berbudi , kita berbahasa. Itu jugak lah konsep yang digunakan BloggerWanita yang berkongsi ganjaran kepada pemberi trafik ke blog beliau.

image

Alhamdulillhah berjaya memberikan sebanyak 1853 trafik ke BloggerWanita . Dan berikut jumlah bayaran yang aku terima .

image

RM 92.65 . LUMAYAN!! BloggerWanita memberikan ganjaran sebanyak 0.05 sen kepada setiap backlink yang masuk ke sana. Sangat lumayan bukan? InsyaAllah untuk bulan Mei akan cuba bagi lebih banyak trafik ke Blog beliau. Terima kasih tak terhingga kepada owner BloggerWanita.

9:30 PM | 6 comments | Read More

Gambar Bulan Madu Scha Dan Awal Ashaari

gambar bulan madu awal dan scha, gambar honeymoon awal dan scha, gambar awal dan scha di new york

Selepas selesai majlis perkahwinan yang ditunggu ramai, pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya telah bertolak ke New York untuk berbulan madu selama 10 hari. Kata Awal.

“Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.

“Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,” kata Awal.

Pastinya peminat setia Awal dan Scha ternantik natikan gambar romantik pasangan ini berbulan madu bukan? Kami sediakna beberapa keping gambar Awal dan Scha berbulan madu di New York untuk tatapan anda.


semoga jodoh mereka berkekalan. Banyak sangat dah dengar cerita artis kahwin dan cerai ni . Dan terbarun Ady Putra pula failkan permohonan cerai. Moga Scha dan Awal dapat menempuh alam rumahtangga dengan penuh kesabaran dan kebahagiaan.
8:00 PM | 5 comments | Read More

Ady Putra Fail Permohonan Cerai Ke Atas Isteri

adyputra cerai, adiputra cerai, adiputra fail cerai, ady putra bercerai, artis bercerai

Bukan mendoakan, tetapi nampaknya seperti musim artis bercerai kini tiba kembali. Fenomena artis Malaysia kahwin dan cerai sepertinya sudah menjadi asam garam dan halwa telinga peminat industri di Malaysia. Ada sahaja isu cerai terbaru yang keluar. Mungkin bukan jodoh mereka. Apa daya  kerana jodoh pertemuan dan ajal maut semunya telah ditentukan oleh Illahi.

Terbaru, pelakon Ady Putra telah memfailkan perceraian ke atas isterinya Aida Yusof di Mahkamah Syariah. Berikut adala petikan berita dari Harian Metro.

**********************

KUALA LUMPUR: “Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. “Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.

**mungkin bukan jodoh mereka untuk bersama. Semoga kedua duanya tabah menghadapi dugaan perceraian ini.

sumber : Harian Metro

4:17 PM | 2 comments | Read More

Penjelasan Dan Koleksi Gambar Avatar “Solidarity With the Palestenian Prisoners on Hunger Strike”

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, May 16, 2012 | 8:29 PM

hunger strike palestin, avatar hunger strike, avatar solidarity with palestine, gambar profile mogok lapar, mogok lapar palestin, penjelasan solidarity with palestine hunger strike

Ramai menyokong, tak kurang juga yang memperlekehkan usaha untuk create awareness kepada Solidarity With the Palestenian Prisoners on Hunger Strike. Kalau anda perasan, kebanyakan pengguna facebook di Malaysia sudah menukar gambar profile mereka menggunakan simbol kempen ini.

Apa sebenarnya motif dan maksud utama mogok lapar ini? Jika anda belum tahu dan belum faham, penjelasan lengkap boleh anda dapatkan di entry yang dinukilkan oleh sahabat aku, saudara Solihin Zubir.(Link disertakan dibawah post) .  Terima kasih atas penjelasan yang banyak membantu ramai lebih memahami dengan sebenar maksud dan tujuan utamanya. Rasanya tak perlu aku nak perjelaskan sebab di sana dah dijelaskan dengan teliti.

Menukar avatar pada profile ini mungkin tiada kesannya jika anda seorang yang melakukannya. Tapi jika berjuta juta pengguna laman sosial menggunakan simbol yang sama , tidakkah anda rasa sokongan moral dan spiritual tersebut mampu menggoncang kekerasan dan kedegilan hati laknatullah Israel? Apa tunggu lagi? Jom tukar!! Dapatkan gambar avatar dalam pelbagai versi yang anda rasakan sesuai. Kalau dulu anda tak tahu, tapi sekarang anda tahu. And it is call awareness . Sekurang kurangnya perkara ini kita tahu dan kita nak ambil tahu tentang nasib saudara seagama kita di sana.

********

PENJELASAN MENGENAI “Solidarity With the Palestenian Prisoners on Hunger Strike”

Simbolik Avatar Solidarity With the Palestenian Prisoners on Hunger Strike

********

sumber gambar : kumbangjingga

link to : szlihin

8:29 PM | 4 comments | Read More

7 Gambar Kahwin Imam Muda Hassan Dan Ulfah Yang Penuh Islamik

Imam Muda Hassan telah menemui jodohnya dan melangsungkan perkahwinan penuh keberkatan dengan isterinya, Ulfah . Majlis perkahwinan diadakan dalam suasana yang sangat islamik dan menepati ciri ciri perkahwinan yang dituntut Islam.

Imam Muda Hassan juga tidak terlepas dari trend terkini iaitu photoshoot kahwin . Namun , apa yang dilakukan oleh beliau adalah contoh terbaik untuk photoshoot yang mengikuti tuntutan agama Islam dan sah di sisi agama. Mungkin selepas ini boleh dijadikan contoh terbaik untuk kita semasa membuat plan perkahwinan. Sebaiknya majlis mendapat keberkatan dan bukan kemungkaran. Zaman sekarang majlis kahwin dah pelik pelik dan adakalanya mengalahkan perkahwinan masyarakat Barat.

Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-1Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-2Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-3Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-4Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-5Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-6Gambar-Perkahwinan-Imam-Muda-Hassan-Dan-Ulfah-7

 

**semua gambar telah dihostkan disini.

4:38 PM | 6 comments | Read More

Gambar dan Video Kebakaran Garaj Pit William (F1) Team

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, May 14, 2012 | 8:00 PM

Perlumbaan Grand Prix Barcelona menjadi huru hara akibat Garaj Pit pasukan William F1 terbakar selepas pemandunya , Pastor Maldonado muncul juara perlumbaan tersebut. Sekurang kurangnya 31 cedera dan 7 dikejarkan ke hospital akibat kecederaan . Kebakaran dipercayaai berpunca daripada kebocoran minyak . Siasatan lanjut sedang dijalankan untk mengetahui punca sebenar kebakaran tersebut.

GAMBAR KEBAKARAN PIT PASUKAN WILLIAM F1

image

image

image

image

VIDEO KEBAKARAN

8:00 PM | 0 comments | Read More

Fasha Sandha Sudah Mengandung, Bunting Pelamin

ini bukan gosip yang sengaja dimainkan tetapi diakui sendiri oleh Fasha Sandha melalui twitternya sebentar tadi. Fasha mengakui bahawa dia sudah mengandung dan bunting pelamin semasa majlis perkahwinan tempoh hari.

image

image

Sangat cepat ye dapat anak? Hebat Jejai. hehe. Apapun tahniah kepada Fasha dan suami tercinta. Semoga kandungan beliau selamat dilahirkan dan semoga anak yang lahir menjadi insan berguna . Tahniah!!

7:31 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)