Video Pembantu Rumah Indonesia Dera & Lambung Anak Majikan

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 17, 2013 | 6:35 PM

dera-budak \

KUANTAN - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan polis untuk siasatan selepas perbuatannya melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga terjatuh dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata peniaga berumur 42 tahun itu membuat laporan polis kira-kira 9 pagi ini.
Katanya perbuatan pembantu rumah berumur 24 tahun itu ditonton majikannya itu menerusi komputer ribanya ketika sedang minum di sebuah restoran di sini kira-kira 7.45 pagi ini.


"Majikannya melihat perbuatan itu yang berlaku di ruang tamu di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya peniaga itu bergegas pulang dan membawa bayi lelakinya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan dan didapati mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kirinya namun keadaannya dilaporkan stabil.


"Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. – Bernama

6:35 PM | 2 comments | Read More

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah

Harini admin nak berkongsi kepada anda terutama kepada ibu bapa tentang cara cara mendidik anak dalam golongan umur mereka mengikut sunnah dan cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad dalam mendidik anak anak baginda . Semoga dapat dipraktikkan untuk melahirkan anak anak yang soleh dan solehah dan sentiasa memberikan kebaikan kepada ibu bapa pabila besar kelak. InsyaAllah 

Sumber dari blog littlekhaleefblog

4:32 PM | 0 comments | Read More

Rosyam Nor Beli Kereta McLaren MP4-12 Berharga Hampir 1 Juta

Pemilik syarikat penerbitan dan pelakon terkenal, Rosyam Nor dikhabarkan telah membelim sebuah kereta sport mewah , Mclaren MP4-12  yang berharga hampir 1 juta. Sekeping gambar menunjukkan Rosyam berada berdekatan sebuah kereta tersebut diperkarangan rumah.

Tidak mustahil Rosyam mampu mempunyai aset sebegini melihatkan kepada kejayaan syarikat rakaman beliau yang mengeluarkan filem filem menarik. Drama Setia Hujung Nyawa yang menjadi popular baru baru ini juga merupakan penerbitam Suhan Movie.



11:53 AM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)